Apex Perjelas Isu Kekalahan Malaysia Vs Singapura 3-0


Apex Perjelas Isu Kekalahan Malaysia Vs Singapura 3-0







tiada kaitan dengan perkahwinan saya-Apex

berikutan kekalahan  Malaysia Vs Singapura 3-0 ramai yang mendakwa kekalahan ini berpunca dari kehilangan fokus oleh khairul Fahmi Che Mat. Namun Khairul Fahmi Che Mat menepis dakwaan bahawa tumpuannya terjejas ekoran persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada penghujung Disember depan.

Pemain berusia 23 tahun itu mengakui dirinya menjadi punca utama kekalahan 0-3 skuad Harimau Malaya kepada Singapura pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek didakwa membuat kesilapan mudah apabila gagal mengeluarkan bola pada minit ke-37 hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum disambar Shahril Ishak untuk gol kedua Singapura pada perlawanan tersebut.

Persembahan goyah Apek dalam pertemuan itu telah mengundang resah peminat biarpun penjaga gol utama Harimau Malaya itu kembali fokus pada separuh masa kedua.

“Saya bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia kepada Singapura. Begitupun, ia tiada kena mengena dengan persiapan perkahwinan saya.

“Sekali lagi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana gagal membantu skuad negara mencatatkan kemenangan ketika menentang Singapura dan berjanji akan kembali bangkit selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam kelmarin.


Sementara itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli tampil mempertahankan prestasi Apek sambil menyifatkan wira Piala Suzuki AFF 2010 itu bakal mengulangi persembahan hebat pada perlawanan kedua ketika menentang Laos malam esok.

“Inilah bola sepak. Kadang-kadang kita menonjol, kadang-kadang tidak.

“Tekanan amat dirasai memandangkan kita tampil sebagai juara bertahan, tambahan pula menjadi tuan rumah kejohanan.

“Jadi, kita sebagai peminat haruslah memberikan semangat bukan sekadar mengkritik tak kena pada tempatnya.

“Jangan mudah menghukum Apek hanya disebabkan satu kesilapan sedangkan sebelum ini dia banyak membantu skuad negara,” ujar Sharbinee yang pernah menjadi mangsa kecaman peminat akibat beberapa kesilapan mudah yang dilakukan.



Buddyz™ Takkan Terpisah
Bagai teh tarik dan roti canai. Tetap rapat dan hebat. Macam budak hipster dengan jeans ketat. Tak sedarah tapi bersaudara. Kongsi kisah persahabatan anda dan Buddyz™ dengan semua!


Ini Dakwaan K Rajagopal Terhadap Apex



Gol pertama : Pertahanan cuai, menyebabkan Shahril bebas dan memaksa Apek keluar sedikit untuk menyelamatkan gawang. Kata Gopal, ini salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Gol Kedua : Apek sedaya upaya menumbuk bola yang meluncur laju ke arah gawang, kita kena waras bola itu masih belum gol. TAPI , Bunyamin yang duduk berhampiran Shahril cuma sekadar berdiri dan tengok sahaja Shahril menanduk bola muntah tersebut. Kata Gopal, ini salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Gol Ketiga : Ketika gol ini, defend tidak berada di posisi asal, 2 pemain Singapore bebas dihadapan gol sehinggalah Duric menghasilkan gol. Kata Gopal, ini juga salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Hasilnya, dikhabarkan Apek tidak diturunkan untuk perlawanan menentang Laos esok dan Gopal tetap menyalahkan Apek tentang prestasi lemah Skuad nya.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink