HASRAT AFDLIN SHAUKI kE GAZA / PALESTIN SUDAH LAMA TERPENDAM
HASRAT AFDLIN SHAUKI kE GAZA / PALESTIN SUDAH LAMA TERPENDAM
Afdlin Shauki Sertai Misi Hulur Bantuan di Gaza Palestin
Afdlin Shauki ke Gaza 3 Disember ini
Artis serba boleh, Afdlin Shauki, mengaku misi kemanusiaan ke Gaza yang akan disertainya pada 3 hingga 10 Disember ini memerlukan pengorbanan yang cukup besar.
Bukan sekadar meninggalkan keluarga termasuk isteri dan anak tersayang, pengarah, pelakon, penyanyi dan pelawak ini harus menguatkan semangat untuk menjejakkan kaki ke negara bergolak itu.
Walaupun ada sahabat yang melarang dan tidak ketinggalan yang menggalakkan, saya tidak mahu berfikir panjang lagi kerana niat saya ikhlas untuk merasai sendiri apa yang berlaku di bumi Palestin” Afdlin Shauki, Pengarah/ Pelakon
Semakin dekat detik pemergiannya, diakui semakin kuat debaran yang terpaksa dilawan lelaki ini.
“Itulah detik yang amat berat untuk saya tanggung apabila terpaksa meninggalkan anak dan isteri. Memang saya sedih, apatah lagi apabila anak saya sudah beberapa kali menangis selepas dia tahu saya akan ke Gaza. Biarpun saya mengaku agak takut, namun dalam hati, saya perlu kuatkan semangat demi melaksanakan misi ini.
Misi Gaza Afdlin Shauki
Afdlin (tiga dari kiri) dan Dr Hafidzi (tengah) bergambar bersama ahli lembaga pengarah dan artis selepas sidang media Misi Aqsa Syarif ke Gaza di Petaling Jaya semalam
“Walaupun ada sahabat yang melarang dan tidak ketinggalan yang menggalakkan, saya tidak mahu berfikir panjang lagi kerana niat saya ikhlas untuk merasai sendiri apa yang berlaku di bumi Palestin. Saya juga sudah bersedia dan reda dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Pinta saya, rakyat negara ini mendoakan saya selamat pergi dan pulang,” katanya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Duta Pertubuhan Aqsa Syarif Berhad di Petaling Jaya, semalam.
Menurut Afdlin lagi, keterbukaannya untuk mengunjungi Gaza sudah lama dipendamkan, tanpa dipengaruhi mana-mana individu.
“Saya pernah terfikir, apa lagi yang saya mahukan dalam hidup, jika tiada pengorbanan pernah saya lakukan? Selalu sangat fikirkan soal perniagaan, saya tahu ia tidak ke mana juga. Ia bermula sejak saya menerbitkan program Super Spontan, di mana keuntungan daripada rancangan itu saya mula salurkan kepada rakyat Gaza sebagai zakat.
“Di samping itu, saya juga mula mengambil tahu perihal penderitaan rakyat Gaza. Saya luahkan pula dalam Facebook dan alhamdulillah, ia mendapat maklum balas yang positif,” katanya.
Dari situ, Afdlin mendapat panggilan daripada pertubuhan Aqsa Syarif Berhad, yang tersentuh dengan luahannya. Lalu, mereka menyuntingnya untuk dijadikan duta pertubuhan terbabit.
Afdlin akan mengikuti misi utama pertubuhan Aqsa Syarif bersama enam kru daripada Vision Works yang diberi nama A2G11. Ia turut diikuti Pengerusi pertubuhan itu, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan dua Anggota Lembaga Pemegang Amanahnya, Dr Ir Selamat Aliman dan Dr Fauziah Hassan.
Menurut Afdlin, perjalanan mereka akan dirakam sebagai bahan dokumentari yang bertujuan memaklumkan kepada dunia mengenai isu kemanusiaan.

“Sebagai anak seni, saya ialah sebahagian daripada pencerita. Tujuan saya merakam setiap detik perjalanan dalam bentuk dokumentari ini bukan bertujuan komersial, tetapi inilah peranan saya untuk menceritakannya mengikut jiwa sendiri. Saya orang yang cepat tersentuh dan itulah pendekatan serta kelebihan yang akan saya gunakan nanti.
“Buat masa ini saya belum berbincang untuk menjual dokumentari ini, sama ada untuk stesen swasta atau kerajaan. Apa yang pasti, saya mahu dokumentari ini ditayangkan untuk rakyat negara ini dan hasil jualan akan disalurkan kepada pertubuhan Aqsa Syarif,” kata Afdlin.
0 ulasan:
Catat Ulasan