Tak Mampu Bayar Hutang,Ibu Digadai Pada Ah Long
Tak Mampu Bayar Hutang,Ibu Digadai Pada Ah Long
Gadai Ibu Pada Ah Long
KUALA LUMPUR: Gara-gara terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman along, seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya.
Ibu lelaki itu yang berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu.
Menurutnya, dia ada menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum kedatangan kumpulan lelaki itu. Lelaki itu memaklumkan anak lelakinya berusia 20-an berada dalam tahanan mereka.
“Apabila saya tanya kenapa anak saya ditahan, lelaki itu beritahu anak saya belum bayar baki hutang RM10,000.00 setelah meminjam wang dengan mereka.“Hati saya luluh mendengar kata-kata lelaki itu. Bila saya merayu supaya anak saya dibebaskan lelaki itu beritahu dia hanya akan berbuat demikian jika mendapat semula wang RM10,000 itu.
Bagai teh tarik dan roti canai. Tetap rapat dan hebat. Macam budak hipster dengan jeans ketat. Tak sedarah tapi bersaudara. Kongsi kisah persahabatan anda dan Buddyz™ dengan semua!
KLIK=SINI
0 ulasan:
Catat Ulasan