Home » , , , , , » Bront Palarae Elak Media, Barsanding Di Hatyai

Bront Palarae Elak Media, Barsanding Di Hatyai

Bront Palarae Elak Media, Barsanding Di Hatyai


Bront Palarae Elak Media, Barsanding Di Hatyai


Pelakon Bront Palarae membuat keputusan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di Hatyai, Thailand hujung tahun ini kerana tidak mahu isu berkenaan terus menjadi kecoh.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, berkata, dia juga enggan majlis itu nanti menjadi bualan ramai.

“Kalau pernikahan kecil ini pun dah kecoh, apalagi kalau saya buat majlis resepsi di Kuala Lumpur.

“Jadi adalah lebih baik saya adakan majlis di kampung ibu saya, Hatyai pada hujung tahun ini. Jika ada yang masih ingin mencari berita tentang saya, jemput datanglah,” katanya kepada mStar Online.

Bront ditemui pada majlis pratonton super telefilem NY Cinta di TGV Cinema, Sunway Piramid di sini pada Khamis.

Pernikahan Bront dengan kenalan lamanya yang berlangsung di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dekat sini pada 31 Ogos lalu menjadi kontroversi apabila pelakon itu berhajat menyembunyikan majlis itu.

Bagaimanapun tindakan Bront itu gagal apabila wartawan sebuah akhbar dapat menghidunya tetapi malang sekali pelakon tersebut meminta jurugambar memadam gambar-gambar pernikahan yang dirakamkan.

Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat pasangan itu. Kedua-dua mempelai telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kawasan Masjid At-Taqwa iaitu Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

Dalam pada itu Bront berkata dia dan isterinya ketawa membaca laporan mengenai pernikahan mereka yang menjadi sensasi.

“Sejujurnya, apabila membaca pelbagai berita tentang kami, kami tergelak tetapi dalam keadaan yang serius,” ujarnya yang enggan mendedahkan identiti isterinya itu.
Dalam pada itu, Bront turut berkongsi rasa gembira selepas seminggu bergelar suami dan mengakui bersedia untuk bergelar bapa.

“Sebelum ini saya dan isteri sudah lama berkawan dan apabila bergelar suami isteri perasaan pelik itu ada. Mungkin rasa tanggungjawab sebagai suami itu dah ada selain perkahwinan ini sekali gus buatkan saya rasa lebih matang.

“Malah saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah pula,” tuturnya.-mStar

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink