13 Hero Kuala Kangsar Dipenjara Isu Bantah Perlantikan MB Perak
13 Hero Kuala Kangsar Dipenjara Isu Bantah Perlantikan MB Perak
KUALA KANGSAR - Seramai 13 individu, masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah menyertai perhimpunan haram di kawasan Jalan Istana, Bukit Chandan di sini, empat tahun lepas.Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah manakala pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka setelah meneliti serta menimbang kesemua keterangan termasuk hujahan kedua-dua pihak.
Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47, didapati bersalah menyertai perhimpunan haram itu pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak.
Hakim Norsalha memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas menolak permohonan peguam Augustine Anthony yang mengetuai pasukan lapan peguam mewakili kesemua tertuduh, bagi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.
Kenyataan FB Ketua Pemuda PAS Malaysia ..
Sabar Tempohi Ujian.
Sabar Tempohi Ujian.
1. Saya dan seluruh warga DPPM sangat bersimpati atas hukuman yang diterima oleh 13 orang rakan - rakan yang menyertai Himpunan di hadapan Masjid Ubudiah pada tahun 2009 dan kini dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan denda RM 5000
2. Kami serahkan kepada kebijaksanaan para peguam mereka yang telah bertungkus lumus membela untuk mengambil langkah berikut. Sementara itu kami sangat kecewa dengan hukuman yang dijatuhkan dan mendesak agar rayuan pihak peguam mewakili 13 orang tahanan didengar dan diterima oleh mahkamah.
3. Mereka bukan penjenayah. Sebaliknya sejarah mereka ialah bangkit menentang pengambilalihan kuasa kerajaan negeri Perak pada tahun 2009 yang dilakukan secara tidak demokratik. Mereka memperjuangkan hak. Namun hari ini perjuangan mereka dibayar dengan denda dan penjara.
4. Sabarlah ! dan tabahkan hati menghadapi ujian ini. Semoga Allah swt terus bersama kalian semua. Mudah - mudahan pengorbanan kalian adalah inspirasi kepada seluruh rakyat untuk terus bangkit menentang ketidakadilan dan menentang sebarang pencabulan demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.
5. Doa kami bersama kalian agar apa yang kalian tempuh hari ini adalah pembuka hijab doa antara orang yang dizalimi dengan Allah swt. Kelak kita akan menyaksikan kejatuhan sang penguasa yang angkuh dipersada kuasa. Yakinlah kuasa Allah mengatasi kekuatan dan pengaruh manusia.
Selamat Berjuang dan tabah depani ujian...
Nasrudin Hassan
Ketua DPP Malaysia.
Nasrudin Hassan
Ketua DPP Malaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan