Sultan Brunei Pemimpin Idaman Rakyat
Tutup premis perniagaan semasa solat Jummat, haram arak dlm Penerbangan - Sultan Brunei.
Tahniah kepada Sultan Brunei dan semua rakyat yang menyokong dan mampu melaksanakan hukum hakam yang lebih baik berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Semoga pemimpin di Malaysia mengikutinya.
Kenyataan rasmi dari Jabatan Penerangan Brunei sempena titah baginda beberapa hari lepas.
NEGARA MAKMUR DAN SEJAHTERA DENGAN ISLAM:
Sultan Titah Semua Premis Di, Tutup Waktu Solat Jumaat dan Tiada Hidangan Arak Dalam Penerbangan
Dalam usaha untuk merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir iaitu negara yang mendaulatkan hukum dan undang-undang Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan mengenai penguatkuasaan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai Solat Jumaat dan melarang dihidangkan arak dalam penerbangan Brunei.
Mesej ini disampaikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapan baginda sempena sambutan hari kebangsaan Brunei ke-29 pada petang Jumaat 22.02.2013 yang dibuat secara langsung melalui siaran radio dan televisyen keseluruh Brunei.
Dalam titah baginda, baginda menzahirkan kekesalan kerana ada pihak yang mengangap peraturan ini menjejaskan ekonomi negara.
Baginda menekankan bahawa peraturan ini adalah penting bukan sahaja untuk menjaga imej negara tetapi juga juga imej Islam kerana kedua-dua perkara ini adalah penting agar iannya sentiasa nampak terpelihara dan indah.
Tambah baginda lagi Syarikat yang menghidangkan arak juga didapati ada yang rugi malah kerguiannya lebih besar dari Syarikat yang tidak menghidangkan arak.
Diantara petikan titah baginda :-
"Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut, kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekali gus : keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat,"
"Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah SubhanahuWata'ala,".
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei.
Admin: Bila Agaknya pemimpin2 Malaysia akan mengikut jejak langkah Sultan Brunei,,
Pemimpin Kaya dan Memperkayakan Rakyat Serta Mengutamakan Agama
0 ulasan:
Catat Ulasan