Syarikat Apple iaitu pembuat Apple iPhone,ipad,IPod dijangka akan melancarkan model iPhone 5 tak lama lagi.Apple mungkin akan mengeluarkan iPhone 5 pada musim panas tahun ini (April), menurut laporan yang disiarkan di sebuah laman web.
“Kami menerima berita dari sumber yang boleh dipercayai di Foxconn di China yakni iPhone 5, seperti yang ia dipanggil pada masa ini, kini sedia untuk pengeluaran. Sumber tersebut menyatakan yang pelbagai alat sampel juga berada di pasaran (ia berbeza sedikit antara satu sama lain), maka mustahil untuk mengetahui yang mana satu adalah muktamad,”.
Menurut laporan itu, Apple iPhone 5 mungkin mempunyai skrin paparan 4 inci dan akan mempunyai bentuk faktor lain (reka bentuk) daripada model sebelumnya (iPhone 4S, 3GS dan lain-lain). Gadget akan datang itu adalah lebih panjang dan lebar, laporan itu menambah.
jika syarikat itu mengeluarkan iPhone 5 pada bulan April, kita boleh menjangka ia mungkin akan ke India pada bulan Jun.
AZIZULHAKIM: Bila keluar dimalaysia? mungkin lebih ramai sambutannya...nasib baik tak beli lagi Apple iPhone 4s..terus tunggu Apple iPhone 5 lah jawabnya..huhu
0 ulasan:
Catat Ulasan