Jay Jamalina,Pembaca berita Buletin Utama Tv3 Dengan pantas meminta maaf selepas tersasul menyebut nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was complete slip-of-the-tounge. Tidak disengajakan. (Saya ingin memohon maaf kerana tersasul ketika Buletin Utama tadi. Ia memang benar-benar tersasul. Tidak disengajakan.),” katanya di laman twitter tersebut.
Jay Jamalina melaporkan tentang lawatan kerja Najib ke Johannesburg, Afrika Selatan, bagi meningkatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang dijangka mampu meningkatkan jumlah pelaburan pada tahun ini.
Insiden tersasul itu dikatakan berlaku memandangkan Jay Jamalina atau nama sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali, sebelum itu telah berkali-kali menyebut nama Anwar pada laporan-laporan berita berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu yang akan diketahui esok.
0 ulasan:
Catat Ulasan