Mungkin hanya kerana faktor yang remeh kita boleh membenci di antara satu dengan yang lain. Namun tidak boleh disangkal, Manusia perlukan manusia. Tiada teori yang kukuh, manusia boleh hidup tanpa manusia.
Kata-kata di atas boleh jadi betul dalam kehidupan manusia. Manusia dipertemukan dan manusia juga dipisahkan. Jarak waktu di antara pertemuan dan perpisahan mungkin hanya sepincing cuma. Tetapi apa yang mereka dapat melalui pertemuan tersebut, dan apa yang mereka rasa akibat perpisahan tersebut. Pertemuan kadangkala menimbulkan ukhwah, menimbulkan sayang dan kadangkala juga menimbulkan benci dan menampakkan dendam.
Justeru perasaan sayang adalah pengikat hubungan manusia. Melalui perasaan sayang manusia akan melakukan apa jua demi mempertah ankan hubungan mereka. Manusia sanggup menghabiskan wangnya kerana sayang itu. Manusia sanggup menanggun g risiko kerana sayang itu. Manusia sanggup menggadai nyawa juga kerana sayang itu.
Pernahkah anda alami, setelah sayang.. Timbulnya benci, atau timbulnya keraguan. Dan keraguan itu menyeret supaya kita melakukan sesuatu supaya kita dibenci atau kita membenci. Akhir-nya sayang musnah dan benci terbina. Nah! Betapa senangnya menguburkan sayang.
Mustahil dalam kehidupan kita, kita tidak boleh atau tidak pernah membenci. Mustahil dalam kehidupan kita, kita hanya menyayangi. Justeru bila orang yang pernah kita sayangi, suatu hari dia sudah membenci kita, atau kita merasa membencin ya.. Apa yang patut kita lakukan?
Apa yang kita lalui demi teman kadang-kadang meletihkan dan menjengkelkan tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Persahabatan sering melaluikan beberapa cubaan tetapi persahabatan yang sejati bisa saja mampu mengatasi cubaan itu bahkan membunga harum bersama kerananya . Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, dipeliharakan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian .
Seorang sahabat tidak akan menyembuyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya dia memberanikan diri menegur apa adanya. Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah. Semua orang pasti menginginkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya.
Kenapa Allah Mencipta Makhluk Jahat?
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan