Memey Suhaiza Cantik Bertudung (Gambar)
Memey Suhaiza Cantik Bertudung (Gambar)
Kalau sebelum ini pelakon Memey Suhaiza memberitahu dia masih dalam proses memakai tudung, kini Memey memaklumkan dia sudah mengambil keputusan untuk bertudung secara kekal. Menurut Memey dia mengambil keputusan itu setelah berfikir dengan sebaik-baiknya.
“Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung,” ujar Memey.
Dalam masa yang sama, Memey juga memberitahu dia sebenar sudah memberitahu niatnya untuk bertudung kepada suaminya, Norman Hakim sejak seminggu yang lalu. Namun, tidak bersedia untuk mengheboh-hebohkan perkara itu kepada umum.
“Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. Namun, saya bersyukur dan gembira dengan perubahan ini. Harap peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga,” ujar Memey lagi.
Bercerita tentang reaksi suaminya, Memey memberitahu Norman sangat gembira dengan perubahannya itu. Ini kerana sebelum ini Norman pernah menyuarakan hasratnya untuk melihat Memey bertudung.
“Abang (Norman) sangat gembira dengan perubahan ini. Ini kerana sebelum ini dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut harijadinya pada 8 Januari lalu. Namun, ketika itu saya masih belum bersedia dan Abang memahami situasi saya dan dia memberi ruang untuk saya berfikir. Dia tidak mahu saya memakai tudung kerana terpaksa,” ujar Memey lagi.
Bagaimana pula dengan lakonan? Adakah Memey punya perancangan untuk meninggalkan dunia glamor?

“Buat masa ini saya memang mahu beri tumpuan kepada keluarga. Tetapi, saya akan terus berlakon selagi mendapat tawaran. Saya tidak akan terus berhenti kerana lakonan adalah minat saya. Namun, saya tidak nafikan mungkin tawaran itu akan berkurangan. Tetapi tidak mengapa kerana saya yakin rezeki ada di mana-mana.
Abang pun sudah berpesan, seandainya tawaran berlakon berkurangan selepas ini, saya tidak boleh menyesal kerana apa yang saya lakukan ini adalah kerana Allah. Abang memang lebih suka kalau saya duduk di rumah dan beri tumpuan kepada keluarga. Tetapi dalam masa yang sama, dia juga tidak menghalang kalau saya ingin terus berlakon,” ujar Memey mengakhiri perbualan.
0 ulasan:
Catat Ulasan