Home » , , , , , , , , , » Sembang Pasal: Alasan Wanita Jahil,Belum Sampai Seru Untuk Bertudung

Sembang Pasal: Alasan Wanita Jahil,Belum Sampai Seru Untuk Bertudung





Apabila terbaca salah satu tajuk berita di Harian Metro bertarikh 21 Februari 2012 iaitu "Belum seru untuk bertudung", yang berada di bahagian hadapan akhbar berkenaan, terus fikiran saya mentafsirkan bahawa ia tidak sepatutnya diucapkan oleh artis berkenaan kerana menutup aurat adalah kewajiban setiap umat Islam. Kenapa perlu nak "tunggu seru" untuk bertudung sedangkan ia adalah "WAJIB". Kalau dah sampai "seruan Ilahi" untuk diambil rohnya kembali, bagaimana?.

Benarlah seperti yang dikatakan, kebanyakkan golongan artis tidak sesuai untuk dijadikan ikutan atau contoh pada masyarakat. Apakah kesannya pada masyarakat jika mereka membaca apa diperkatakan oleh artis dalam berita surat khabar Harian Metro itu?. Jika masyarakat semakin "beriman" untuk meringan-ringankan keperluan menutup aurat ( dalam konteks ini ialah bertudung), maka si artis berkenaan bersedialah untuk menanggung dosa-dosa masyarakat yang tidak menutup aurat itu, termasuklah dosa diri sendiri yang tidak bertudung. Pengucapan artis berkenaan akan lebih membawa kesesatan dalam komuniti umat Islam, malah tidak salah untuk mengatakan ianya akan menjejaskan akidah umat Islam.


Berikut adalah salah satu "statement" dari artis berkenaan dalam temuramah dengan wartawan Harian Metro :

“Penghijrahan manusia Allah s.w.t berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba....." - artis Z


Wahai artis....., ini bukan hanya soal perubahan dalaman dan luaran diri, ikhlas atau tidak, ini soal TANGGUNGJAWAB dalam mengikut suruhan Allah S.W.T. Mana boleh mengeluarkan kata-kata yang sebegitu dangkal. Yang diutamakan ialah perbuatan mengikut suruhan Allah S.W.T agar perempuan bertudung yang sewajarnya. Soal dalaman hati adalah urusan si pelaku dan Tuhannya....

Sebagai contoh paling mudah, saya andaikan "kerja" menutup aurat (bertudung) ini diberi dua (2) markah penuh iaitu satu markah diberi apabila memakai tudung seperti yang disyariatkan serta lagi satu markah diberi jika ia dilaksanakan dengan hati yang ikhlas. Jika ikutkan seperti apa yang "diimankan" oleh artis berkenaan, maka dia dapat markah "kosong.....". Anda faham maksud saya?. Sedangkan kita perlu kumpulkan "markah" (pahala) sebanyak mungkin sebelum kita dijemput pulang oleh Tuhan.....



Sumber kredit



0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink