Bahaya Makan Beras Tiruan
Penghasilannya tidak melalui proses penanaman padi seperti biasa sebaliknya diproses menggunakan ubi kentang dan keledak yang dicampur resin sintetik sebagai agen pengikat atau pelekat.
Resin sintetik kebiasaannya digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan barangan plastik. Penambahannya menjadikan campuran ubi keledek dan kentang tadi melekat membentuk butiran beras.
Sekali pandang memang menyerupai beras asli namun beras tiruan ini susah rapuh atau hancur . Perbezaan beras tiruan ini berbanding beras asli antaranya:
1. Bentuknya sentiasa sempurna dan bersaiz lebih panjang dari beras biasa.
2. Sangat halus dan nipis.
3. Warnanya lebih jernih dan lutsinar berbanding beras biasa yang berwarna seakan susu.
4. Tidak menegembang apabila masak, berbutir-butir dan mudah bercerai.5. Tetap keras walaupun sudah masak.
Kerana ia tetap keras walaupun selepas dimasak ia susah dihadam apabila dimakan lantas memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman. Dikatakan memakan tiga mangkuk nasi tiruan ini bersamaan dengan memakan satu hingga dua beg plastik!
Pihak berkuasa China sedang menyiasat perkara ini namun harganya yang sangat murah menyebabkan permintaannya tinggi dan sukar dikawal. Perbelanjaan mengurus padi palsu juga lebih murah berbanding padi sawah serta tidak memerlukan sistem pengairan, mesin ynag mahal dan baja ynag khusus.
P/S: Permintaan Tinggi tu,,,Rasanya ada tak masuk Negara kita,,,selalu jugak makan Nasi keras sebab masak tak cukup air..
0 ulasan:
Catat Ulasan