Home » » LELAKI NI SANGGUP MERANGKAK SEPANJANG JALAN UNTUK MEMINTA MAAF PADA ISTERINYA

LELAKI NI SANGGUP MERANGKAK SEPANJANG JALAN UNTUK MEMINTA MAAF PADA ISTERINYA


Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing. Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat.
 Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit. Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China. Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China. Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan

. Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya. Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya. Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.

 Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah. Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut. 

 Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square. Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink