Anda dah tengok intipati belanjawan 2013 ,yang dibntangkan oleh Dato Seri Najib semalam?
ada yang golongan yang berpuashati janji detepati seperti =
penjawat-penjawat awan sebab dapat bonus satu bulan gaji ,
mahasiswa,sebab dapat lagi baucar buku 1 malaysia Rm 250,
Orang-orang dewasa pula akan dapat bantuan rakyat 1 malaysia lagi
serta Belia,sebab dapat rebat Rm 200 untuk pembelian gadget dan telefon bimbit 3g,sebab senang untuk bertwitter dan berfacebook.
Apa kata kita lihat dan membaca Belanjawan 2013 yang dibuat oleh kerajaan pakatan rakyat
Intipati Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Tema:‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat
Belanjawan: RM233 bilion (Termasuk RM33.5 bilion untuk kebajikan)
Matlamat: Kebajikan Rakyat, mengawal inflasi dan menurunkan hutang.
Ramalan pertumbuhan ekonomi: 5.2%
Sasaran pengurangan defisit: 3.5 %
Tujuh teras utama:
1.Reformasi dan ketelusan GLC
2.Membina daya saing ekonomi
3.Mengangkat martabat wanita
4.Hasil minyak untuk negeri
5.Menurunkan harga kereta
6.Reformasi membanteras jenayah
7.Perumahan untuk rakyat.
Selain dari itu:
- Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
- Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
- Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.
- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
- Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
- Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
- Sejumlah RM15 bilion diperoleh dari dasar penjimatan 10 % daripada perbelanjaan negara
- RM6 bilion dari pendapatan ekonomi yang rancak pada kadar 6%.
Kebajikan Rakyat (RM33.5 bilion):
- Elaun guru (RM2.4 bilion),
- Wifi percuma (RM1.2 bilion),
- Hapus tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion),
- Hapus PTPTN dan pendidikan percuma (RM6 bilion),
- Turunkan harga kereta pada 20 peratus potongan cukai (RM2 bilion),
- Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)
- peruntukan 20 peratus royalti minyak (RM12.5 bilion).
untuk mendowload senarai Belanjawan penuh Pakatan Rakyat 2013 anda boleh melawat ke sini
0 ulasan:
Catat Ulasan