Home » , , , , , » Permasalahan yang terdapat pada iPhone 5 , Indah Khabar Dari Rupa

Permasalahan yang terdapat pada iPhone 5 , Indah Khabar Dari Rupa



LOS ANGELES – Pelancaran iPhone 5 pada minggu lalu telah menjadi satu daripada yang terbesar dan paling berjaya dalam sejarah, tetapi itu tidak bermakna ia tidak mempunyai masalah.
Ramai pengguna yang telah membeli telefon pintar keluaran Apple itu mendakwa versi iPhone terbaru tersebut mempunyai banyak masalah.
Antara aduan yang dibuat adalah penyambungan wi-fi yang tidak berfungsi, keretakan pada bingkai aluminiumnya, selain laporan cuaca yang mengelirukan daripada pengaktifan suara aplikasi Siri serta laporan kelipan lampu dari tepi telefon itu.
Telefon pintar iPhone 5 turut dikatakan ‘bergetar’ ketika digoncang menyebabkan bateri cepat kehilangan kuasa dan beberapa pengguna lain berkata, mereka kehabisan bateri dalam tempoh hanya beberapa jam.
Pengguna turut memberi amaran, perkhidmatan penyimpanan iCloud yang dikendalikan Apple akan dikurangkan daripada 20 gigabait (GB) kepada 5 GB pada penghujung bulan ini, sekali gus membahayakan simpanan sokongan.
Aduan lain yang diterima termasuk aplikasi Maps baru Apple yang tidak lengkap, laman web Ars Technica yang menjengkelkan pengguna dan banyak sumber daripada forum yang menyokong Apple.
Ketika ini lima juta produk itu telah dihantar dalam tempoh pelancarannya pada hujung minggu lalu.

2 ulasan:

Harimau Berantai berkata...

=.=" boleh jadi camni sadisnya
Sebelom ni Steve Jobs ada xdak pon masalah besar camni adoi. means sampai Iphone 4S

Harimau Berantai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink