Kementerian Agama Kota Bengkulu Indonesia juga terkejut apabila perkara itu diadukan oleh seorang peserta dalam seminar haji yang diadakan baru-baru ini.
Peserta, Yusrati pelik dengan gambar yang dipaparkan kerana memikirkan buku panduan itu seharusnya mengandungi ayat-ayat zikir dan juga cara-cara menunaikan ibadah haji.
“Di buku panduan haji ada gambarnya Jesus sedang menggembala kambing yang tertulis ‘Jesus Penggembala Kambing Yang Baik’,” katanya.
Menurut kenyataan dari Ketua Penyelenggaraan Haji & Umrah Kementerian Agama Kota Bengkulu, Efendi Joni berkata, buku panduan itu disediakan oleh pihak Kementerian Penyelenggaraan Haji dan Umrah Kementerian Agama Republik Indonesia.
Efendi memberitahu buku-buku yang telah dicetak sebanyak 280 naskah itu akan dipulangkan semua kerana bimbang akan berlakunya salah faham yang melibatkan agama Islam dan pengganut agama Kristian.
Dia turut memaklumkan insiden gambar itu mungkin mempunyai motif untuk menaikkan semangat marah di kalangan umat Islam
0 ulasan:
Catat Ulasan