Home » , , , , , , » 3 Peristiwa Sempena Aidiladha Yang Menggemparkan (Gambar Dan Video)

3 Peristiwa Sempena Aidiladha Yang Menggemparkan (Gambar Dan Video)

3 Peristiwa Sempena Aidiladha Yang Menggemparkan




3 Peristiwa Sempena Aidiladha Yang Menggemparkan

Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana saja kat bumi ini.

Hari ini nak kongsi dengan korang mengenai 3 peristiwa menggemparkan yang berlaku sepanjang sambutan Aidiladha bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia



1. Bom cemari sambutan Aidiladha di Timur Tengah

Berpuluh-puluh orang maut selepas beberapa serangan bom melanda Iraq, Afghanistan dan Syria, yang menjejaskan sambutan Aidiladha semalam. Di Kirkuk, utara Iraq, sebutir bom meletup di kawasan sesak dengan penduduk, yang baru selesai menunaikan solat Aidiladha di sebuah masjid menyebabkan 12 terbunuh manakala 26 lagi cedera. (link)










2. Lembu korban terkorban selepas terjun parit
Kemeriahan orang ramai melaksanakan majlis korban sempena Aidiladha di Jalan Matang-Laruh Skim, Kuching, gempar seketika apabila seekor lembu yang hendak disembelih tiba-tiba mengamuk sebelum melarikan diri di sini semalam. Malah, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, lembu tersebut yang terlepas daripada ikatan juga bertindak agresif apabila mengejar beberapa penduduk yang berada di situ. Lebih malang lagi, dalam situasi kelam-kabut itu lembu berkenaan kemudian terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter sebelum menemui ajal di situ. (link)



3. Lembu melarikan diri ke lebuh raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas

Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam. Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer. Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu. (link)


Mungkin anda ada pengalaman yang mahu dikongsi semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini. Sila lah kongsi atau bagi pendapat kat ruangan komen. 











Kredit =http://www.edisiblogger.com

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink