Home » , , , , , , » Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia





Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

MANILA: Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina pada jam 4.42 pagi tadi (waktu tempatan) selepas menghadapi masalah kegagalan pelbagai organnya berfungsi.

Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata, kehilangan bapanya bukan satu perkara yang sukar untuk diterima keluarga kerana kesemua ahli keluarga Kiram sudah ditanamkan dalam diri bahawa apa yang berlaku adalah kehendak Allah.


Beliau berusia 75 tahun.
Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata di Facebook: “My Appah, Sultan Jamalul Kiram III, has returned to our Creator at around 4 in the morning October 20, 2013. Thank you for your prayers and support.”(Bapa saya, Sultan Jamalul Kiram III, telah kembali kepada Pencipta pada kira-kira pukul 4 pagi, 20 Oktober 2013. Terima kasih atas doa dan sokongan anda)
Melalui temuramah di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.
Beliau meninggalkan sembilan anak – tiga bersama bekas isterinya Fatima Celia Kiram dan enam bersama isterinya, Carolyn Tulawie.
Jacel melalui temuramah radio berkata, “Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung…Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina…Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya.”
Pada bulan Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram II menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama berminggu-minggu lamanya.
Untuk rekod, sejak para militan Sulu ini mendarat di Sabah pada 9 Februari lalu, dalam usaha dan kepercayaan mereka untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.
Manakala pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota – lapan anggota polis dan dua tentera.
Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram. – mStar
(KEMASKINI) Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Duniahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Sultan-Sulu-Sultan-Jamalul-Kiram.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Sultan-Sulu-Sultan-Jamalul-Kiram-150x150.jpgMyNewsHubUtama,
S

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink