Home » , , , , , , , » Lembu Bangun Selepas Disembelih

Lembu Bangun Selepas Disembelih

Lembu Bangun Selepas Disembelih


 Lembu Bangun Selepas Disembelih



Kejadian semalam di Keramat AU. Lembu pertama (untuk aqiqah) tidak putus sempurna uratnya dan menyebabkan keadaan sedikit huru hara
Lembu berkenaan disembelih di dalam kawasan masjid. Semesa menumbangkan lembu kedua dan disembelih, lembu pertama ini telah dilepaskan semua tali yang ada padanya untuk dibuat ikatan pada lembu-lembu yang lain.


Semasa hendak melapah tidak semena-mena ia bangkit dan terus mengamuk di dalam kawasan masjid dan nasib baik tidak mendatangkan kecederaan pada golongan muslimah yang sedang bersiap untuk memasak, kanak-kanak yang berada di dalam kawasan dan memasuki ruangan solat.



Ia telah kemudian berlari keluar dan pihak penduduk terpaksa mengepungnya dari keluar ke jalan utama.

Kemudian ia cuba juga meloloskan diri malah melanggar sebuah motorsikal EX5 yang diletak oleh salah seorang penonton dan berlari ke arah jalan utama.


Kawalan trafik terpaksa dibuat dan kemudian beberapa penduduk terpaksa menangkapnya dengan beberapa utas tali dan berjaya menumbangkannya sebelum diletak di atas troli untuk dibawa semula ke masjid berkenaan.


Atas perbincangan beberapa jemaah, ianya dibiarkan untuk mati tanpa boleh disembelih sekali lagi memandangkan urat berkenaan memang sudah disembelih akan tetapi tidak berapa sempurna.



0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink