Home » , , , » Presiden Barack Obama Akan Ke Malaysia Bulan Depan

Presiden Barack Obama Akan Ke Malaysia Bulan Depan


Presiden Barack Obama Akan Ke Malaysia Bulan Depan

KUALA LUMPUR - Rumah Putih hari ini mengesahkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan melawat Malaysia dan beberapa ekonomi Asia Tenggara lain termasuk Indonesia, Brunei dan Filipina, mulai 6-12 Oktober sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mengukuhkan penglibatan politik, ekonomi dan keselamatan Amerika di rantau Asia Pasifik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Presiden akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Kuala Lumpur bagi memaklumkan hubungan dua hala Washington yang kian meningkat dengan Malaysia.

Beliau juga akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Keusahawanan Global yang akan diadakan di sini pada 11-12 Oktober.

Memasuki tahun keempatnya, persidangan itu ialah inisiatif yang diumumkan oleh Presiden pada tahun 2009 untuk merancakkan pewujudan pekerjaan menerusi keusahawanan dengan menghubungkan pereka muda kepada sumber, idea dan satu sama
lain.

Sebelum melawat Malaysia, beliau akan ke Indonesia untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

APEC ialah forum terkemuka rantau ini untuk integrasi perdagangan dan pelaburan.
Kenyataan itu berkata Obama akan menghoskan beberapa siri mesyuarat di luar acara APEC berkenaan.

Presiden juga akan menghadiri mesyuarat Pemimpin negara-negara Kerjasama Trans-Pasifik, terdiri daripada 12 ekonomi, termasuk Malaysia.   

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bagi mengesahkan hubungan rapat dua hala AS dan meraikan tahun ketiga Kerjasama Komprehensif mereka.

Presiden, kemudiannya akan ke Brunei untuk Persidangan AS-ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei.

ASEAN dan EAS ialah forum penting bagi membincangkan secara meluas kerjasama AS di rantau Asia Pasifik, termasuk tenaga, keselamatan maritim, pelaburan, pembangunan dan promosi perdagangan serta topik-topik lain berkaitan serantau dan global.

Selepas Brunei, presiden akan ke Filipina.

"Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden (Benigno) Aquino untuk mengesahkan, antaranya hubungan ekonomi dan keselamatan di antara kedua-dua buah negara," tambah kenyataan itu. - Bernama

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink