Home » , , , , , » Tuan Guru Nik Aziz Lelong Tongkat Bantu Mangsa Kebakaran

Tuan Guru Nik Aziz Lelong Tongkat Bantu Mangsa Kebakaran


Tuan Guru Nik Aziz Lelong Tongkat Bantu Mangsa Kebakaran


KOTA BHARU - Cakna nasib dialami mangsa kebakaran rumah di Kampung Sireh Bawah Lembah awal bulan ini, bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbesar hati melelong tongkatnya untuk membantu keluarga terbabit.

Hasrat itu dinyatakan Nik Abdul Aziz menerusi Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu dalam usaha mengurangkan bebanan ditanggung keluarga terbabit yang hilang tempat tinggal berikutan kejadian tersebut.

Setiausaha Pemuda Pas Kota Bharu, Muhd Bajili Bakri berkata, salah satu tongkat kegunaan Mursyidul Am itu akan dilelong pada jualan amal dengan harga permulaan bidaan RM500.

Tongkat tersebut akan dilelong hari ini (Jumaat) selama 30 minit bermula jam 5.30 petang  di tapak Car Boot Sale Lembah Sireh dan orang ramai yang ingin bersama-sama membantu mangsa kebakaran bolehlah mengunjungi jualan amal ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Selain itu, Muhd Bajili berkata, pada hari sama juga bermula jam 3 petang hingga 10 malam, pihaknya turut melelong pelbagai barangan baru dan terpakai dengan harga serendah RM1.

Pada 6 September lalu, tujuh rumah melibatkan 15 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila harta benda mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari.

1 ulasan:

Long Cham berkata...

bagus tok guru nie selalu pk pasal rakyat

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink