Home » , , , , » Ulama Bincang Isu Kahwin Lambat

Ulama Bincang Isu Kahwin Lambat

 Ulama Bincang Isu Kahwin Lambat


 Ulama Bincang Isu Kahwin Lambat

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Kebangsaan Maqasid yang akan memberi fokus kepada isu penggunaan, kemuflisan, pemilikan rumah, lambakan produk pinjaman peribadi dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan umat Islam negara ini.

PUM dalam satu kenyataan media memberitahu, kesemua isu tersebut diperbincangkan dalam seminar selama dua hari bermula 21 September ini kerana gejala tersebut memberi kesan kepada masa depan umat Islam Malaysia.

“Perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang. Situasi ini menyumbang kepada masalah muflis yang semakin meningkat saban tahun.

“Masalah kahwin lambat disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah akibat kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosio ekonomi dan pendidikan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, harga rumah yang melambung tinggi merupakan satu masalah yang tidak boleh dipandang ringan kerana hal itu menyebabkan masih ramai rakyat negara ini yang tidak mampu membeli rumah.

Justeru, kata kenyataan itu, Seminar Kebangsaan Maqasid bertujuan memberi kefahaman tentang keutamaan dalam penggunaan dalam syariat Islam dan berkaitan kepenggunaan, pemilikan rumah, kebangkrapan dan kahwin lambat serta mencadangkan resolusi kepada isu-isu tersebut.

Jelas kenyataan itu, kesemua itu tersebut akan diperbincangkan oleh peserta seminar yang terdiri daripada golongan intelektual, pengamal perbankan dan pendakwah tersohor tanah air.

Kata kenyataan itu, orang ramai yang mahu menyertainya boleh menghubungi talian 03-5511 4302 atau emel kepada pumpusat@yahoo.com yuran penyertaan serendah RM50 seorang akan dikenakan.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink