Siapa yang taknak ambil tahu kan kisah tentang Janda Hot Semalaysia Nora Danish...Apabila Terbaca tentang kisah Nora Danish Bernikah dengan Adi Putra Semua orang pasti tertanya-tanya benarkah ia???
apa yang sebenarnya adalah ia hanyalah satu babak dalam cerita bertajuk Aku terima Nikahnya,,,Didalam adegan itu Nora pemegang watak Arlisa menanti Johan, lakonan Ady Putra melafazkan akad nikah untuk menyuntingnya sebagai isteri dalam filem pertama arahan Eyra Rahman.
“Ini bukan kali pertama Nora bernikah sewaktu berlakon. Sudah beberapa kali juga. Jadi perasaan teruja itu tidak ada, sekadar menghidupkan watak sahaja.
“Menjadi isteri kepada Ady Putra adalah kali kedua, pertama dulu sewaktu drama Tentang Dhia. Sejak drama itu, Nora banyak mendapat tawaran watak yang lebih serius. Tiada lagi watak gadis remaja yang ceria,” kata Nora ketawa ditemui di lokasi penggambaran filem Aku Terima Nikahnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, antara Nora dengan Ady sudah ada keserasian sejak Tentang Dhia, jadi tidaklah kekok untuk filem Aku Terima Nikahnya. Nora harap filem ini dapat mencetus fenomena seperti drama juga,” harapnya.
Menurut Nora, dia bersetuju berlakon Aku Terima Nikahnya, filem ketiganya dengan Metrowealth Pictures kerana skrip dan barisan pelakonnya menarik.
“Nora terima bukan sebab orang kata gandingan kami serasi. Kalau nak ikutkan, ada beberapa produksi yang nak gandingkan Nora dengan Adi tapi bila tengok skrip Aku Terima Nikahnya, Nora tertarik.
“Jalan cerita filem ini menarik. Sebab itu Nora tidak mahu melepaskan peluang. Harap-harap gandingan kali ini lebih menjadi dan lakonan Nora mampu meninggalkan kesan kepada penonton,” katanya.
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
Seminggu yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan