Alaskan Beauty Queen
Ratu Cantik Chugiak-Eagle, Debbe Ebben telah membotakkan kepalanya bagi memperoleh sumbangan untuk digunakan dalam penyelidikan penyakit kanser.
Dia setakat ini berjaya memperoleh sumbangan lebih AS$4,000 (RM12,235) selepas membotakkan kepalanya pada minggu lalu.
Ebben yang berusia 23 tahun melakukan perbuatan itu bagi membantu penyelidikan penyakit kanser dalam kalangan kanak-kanak.
Menurutnya, dia berasa gembira kerana membotakkan kepala itu untuk tujuan kebajikan.
Ebben berkata, peluangnya untuk memenangi pertandingan Ratu Cantik Alaska pada Jun depan tidak terjejas walaupun dia tidak mempunyai rambut.
Para peserta pertandingan itu dikehendaki melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat menyebabkan dia memilih untuk membotakkan kepala untuk tujuan amal.
Sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan