Home » , , , » Sembang Pasal: 2 pelancong maut akibat kemalangan bas persiaran di Genting

Sembang Pasal: 2 pelancong maut akibat kemalangan bas persiaran di Genting




KUALA LUMPUR - Dua maut apabila sebuah bas persiaran Star Mart yang membawa 24 pelancong warga India terbabas, sebelum terbalik ketika dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur di Kilometer 4.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada jam 8.15 pagi tadi.

Bas yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan termasuk seorang kanak- kanak perempuan berumur dua tahun itu dalam perjalanan dari pusat peranginan Genting Highlands menuju ke Singapura.

Mangsa yang maut dikenali Anita Aggarwal, 59, meninggal di lokasi kejadian, manakala, Rajendra Kumar Agurwal, 67, disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mohd Yusri Hassan Basri, kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat sejak awal pagi itu.

“Bas dipercayai hilang kawalan sewaktu memasuki selekoh tajam ketika menuruni kawasan bukit lalu terbabas melanggar pembahagi di tengah jalan dan terseret ke jalan bertentangan sebelum terbalik.

“Mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat melalui saluran udara dan cermin bas yang pecah. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan” katanya.

Menurutnya, pemandu bas dan kelindan yang cedera ringan ditahan polis untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan 1987.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Balai Genting Highlands, V Raganathan berkata, kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira jam 9.20 pagi.

“Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa,” katanya.

Sumber

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink