Adakah Rokok Elektronik, E Cig, Vapor Perlu Diharamkan?

Adakah Rokok ELektronik, E Cig, Vapor Perlu Diharamkan?


















Adakah Rokok ELektronik, E Cig, Vapor Perlu Diharamkan?



BACA LAGI= 

-  PERBEZAAN BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK,E CIG,VAPOR DAN BAHAYA ROKOK ANALOG

FAKTA MENGENAI E CIGARETTE,ROKOK ELEKTRONIK,VAPERS ANDA HARUS TAHU

Mohammad Mansor Abdullah
, adalah individu pengamal perubatan alternatif berkata, beliau keliru mengenai pengharaman penjualan rokok tersebut kerana ia telah beberapa tahun berada di pasaran negara ini. Beliau juga menyatakan penjualan di Terengganu sahaja telah bertapak kira-kira 2 tahun lalu dengan bilangan penguna hampir 5,000 orang. Dan baru-baru ini baru keluar pengumuman bahawa ia diharamkan!.. Sebagai seorang pengguna, beliau meminta penjelasan yang lebih terperinci.Baru-baru ini sinar harian ada menyiarkan mengenai pengharaman e-rokok yang dibantah oleh komuniti tersebut. Komuniti pengguna rokok e-elektronik tersebut meminta supaya kerajaan memberikan penerangan yang lebih jelas dan terperinci berkenaan pengharaman penjualan rokok e-elektronik tersebut. Mereka mendakwa pengharaman tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Menurutnya lagi, bahan asas rokok  e-elektronik yang terdapat di dalam cecair e-liquid tidak melebihi lima bahan, iaitu nikotin, ethyl maltol, glycerol dan propylene glycol. Beliau juga mendakwa selain bahan-bahan tersebut selebih daripadanya ialah bahan perisa yang mana boleh di dapati didalam bahan makanan ringan
Beliau juga membandingkan dengan rokok tembakau yang mengandungi 4,000 bahan beracun berbanding yang terdapat di dalam e-rokok malah biasanya jumlah nikotin yang terdapat dalam e-rokok adalah sebanyak 12 miligram (mg) dalam setiap 1 mililiter (ml) cecair rokok berkenaan.
Pada 21 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Beliau berkata, mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.
Salah seorang pengguna rokok elektronik, Muhd Kamaruzzaman Mahmud mendakwa, sepanjang hampir setahun menggunakan rokok berkenaan, tahap ketagihannya terhadap rokok konvensional semakin berkurangan. Beliau juga mendakwa badannya semakin sihat dan tidak lagi merasa letih dan lesu jika dibandingkan dengan menghisap rokok konvensional sebelum ini. Dan beliau juga tidak percaya jiga ada yang mengatakan e-rokok menjadi punca penyakit kronik.
Ingin tahu lebih lanjut apa pandangan dunia atau apa yang berlaku di seluruh dunia mengenaie-Rokok atau Rokok elektronik ini. Boleh rujuk di wikipedia.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I could not refrain from commenting. Very well written!


Here is my web page :: elektronisk cigaret

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan takut cukai tembakau kurang

Tanpa Nama berkata...

Great blog you have here.. It's difficult to find excellent writing like yours nowadays. I really appreciate individuals like you! Take care!!

Feel free to visit my web site: e-væske

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink