Home » , , , , , , , » Sex Video Nurul Izzah Adalah Fitnah Dan Diedit

Sex Video Nurul Izzah Adalah Fitnah Dan Diedit

Sex Video Nurul Izzah Adalah Fitnah Dan Diedit


















Sex Video Nurul Izzah Adalah Fitnah Dan Diedit



Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antara pemimpin PKR yang dikaitkan dengan dakwaan video seks terbaru yang mungkin dikeluarkan oleh Umno pada masa depan, dakwa Datuk Saifuddin Nasution.
Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau sudah ditunjukkan “sedutan” dua video berasingan – video pertama didakwa aksi Nurul Izzah dan video kedua didakwa melibatkan bapanya – “dua atau tiga hari lalu”.
Saifuddin mendakwa, agen Umno menggunakan video itu sebagai amaran kepadanya tetapi menurutnya PKR tidak gentar kerana isu itu kerana sudah terbiasa sejak dari dahulu lagi.
“Kita sudah menghadapi perkara itu sejak 14 tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Saifuddin juga dalam kenyataannya hari ini berkata, mereka menerima maklumat daripada “sumber yang boleh dipercayai” bahawa video itu dihasilkan melalui manipulasi imej digital.
Menurutnya, ia melibatkan pencantuman babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin berkenaan terbabit dalam salah laku seks.
Mengulas tindakan itu, beliau berkata, sudah menjadi lumrah perjuangan, termasuk dalam sejarah Islam apabila Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA sendiri diuji dengan dakwaan seksual.
“Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami,” katanya.
“Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan.”


Wanita yang melakonkan wataknya dalam video tersebut sudah didedahkan. Tidak dapat dipastikan namanya. Tetapi wajahnya sudah didedahkan di media internet.

Namun masih belum dapat dipastikan kesahihan bahawa dia adalah pelakon aksi seks yang bakal diterbitkan.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink