OPS DAULAT : Mau Syahid Macam Ayah

OPS DAULAT : Mau Syahid Macam Ayah
























OPS DAULAT : Mau Syahid Macam Ayah



Beberapa hari sebelum kejadian, ayahnya pernah berpesan supaya memandikan jenazahnya apabila meninggal dunia.

“Saya terkejut apabila ayah secara tiba-tiba memberi pesanan itu dan tak sangka kata-kata itu tanda pemergiannya buat selama-selama.

“Saya tak faham kenapa ayah berkata sedemikian ketika kami berada di tempat kerjanya. Ketika itu, saya hanya menjawab ‘ya’ dan hairan, tapi tak sangka perkara ini akhirnya berlaku,” katanya.

“Abang mahu jadi perwira yang mempertahankan negara dan rela mati syahid seperti ayah,” kata anak arwah Koperal Salam Togiran, Mohd Shazreen, 16, yang bersemangat berjuang sama seperti dilakukan ayahnya sebelum terkorban dalam serangan hendap pengganas di Kampung Sri Jaya, Simunul,azizulhakim91.blogspot.com Semporna pada 2 Mac lalu.

Menurut anak sulung empat beradik ini, kejadian yang meragut kegembiraan mereka sekeluarga benar-benar memberi impak dalam dirinya.

“Pemergian ayah tak pernah membuatkan saya lemah, sebaliknya lebih gigih untuk berusaha mencapai cita-cita bergelar juruterbang jet pejuang supaya dapat menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, sebelum ini dia sering menemani ayahnya yang bertugas di Lapangan Terbang Tawau sehingga timbul minat menjadi juruterbang.

“Selepas kejadian serangan sehingga ayah terkorban, semangat untuk bergelar juruterbang jet pejuang makin berkobar-kobar.

“Ketika hayatnya, ayah sentiasa menyokong cita-cita saya, termasuk memberi semangat,” katanya.

Menurut Shazreen, dia menjadikan keberanian ayahnya sebagai idola dan pendorong untuk berjuang demi negara.

SUMBER

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink