Lahad Datu: Pengganas Sulu Umpan Kubur Untuk Serang Polis Malaysia
Lahad Datu: Pengganas Sulu Umpan Kubur Untuk Serang Polis Malaysia
Kuala Lumpur: Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh
saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang
berusaha mendapatkan mayat itu.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini
diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka
melakukan serang hendap.
“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti
dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu
kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.
“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang
bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap
bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.
Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak
melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan
menghampiri kubur.
0 ulasan:
Catat Ulasan