Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Beban Hutang (HARUS BACA)
Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Beban Hutang (HARUS BACA)
Semua orang berhutang. Tiada apa yang perlu dimalukan.
Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul.
Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan buat hutang mengikut apa yang bank beritahu kita.
Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang-hutang lapuk.
Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.
“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.”
Apa yang kita maklum, berdoa sahaja tidak menyelesaikan masalah. Duit tidak datang bergolek-golek selepas kita mengaminkan sesuatu doa. Namun doa yang Nabi saw ajar ini mengandungi pengajaran yang penting.
Iaitu 4 langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari bebanan hutang.
1. Hilangkan perasaan susah dan sedih
Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini.
Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini. Iyalah, hutang sudah keliling pinggang. Takkanlah nak berjoget seronok pula.
Justeru, kita kena akui kita ada situasi hutang.
Ya, kena akui.
Bukan berada dalam dalam penafian (mode of denial).
Jangan tangguh. Hadapi situasi tersebut.
Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesilapan kewangan kita dan hidup mesti terus.
2. Tanam sifat rajin
Selepas berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin.
Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.
Walaupun ulat bawah batu pun boleh hidup, tapi adakah kita mahu duduk bawah batu atau hidup dalam rumah yang besar?
Kena rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan.
Tiada alasan.
3. Kena jadi berani dan banyak bersedekah
Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani.
Jika bos tidak menghargai kita dengan memberi gaji rendah, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain.
Bisnes pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan mula semula dengan buat bisnes yang lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.
Dan pada masa yang sama, banyakkan beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya.
Ya, jangan jadi kedekut dan bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.
Give first, earn later.
4. Bayar hutang dengan sistematik
Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang kita ada hutang dan membuat semula penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain khususnya tekanan pihak yang bagi / pembiaya seperti bank datang menuntut hutang daripada kita dengan pelbagai cara dan kaedah.
Ya, hadapi mereka dan berbincang secara baik.
Ada jalan keluarnya.
Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang
Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan menguruskan yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakal selepas kita berusaha.
CC=Sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan