Home » , , , , , , , , » Lahad Datu: Kampung Tanduo Ditutup Dan Dipindahkan Ke Tempat Baru

Lahad Datu: Kampung Tanduo Ditutup Dan Dipindahkan Ke Tempat Baru

Lahad Datu: Kampung Tanduo Ditutup Dan Dipindahkan Ke Tempat Baru





















Lahad Datu: Kampung Tanduo Ditutup Dan Dipindahkan Ke Tempat Baru


Kampung Tanduo Ditutup Dan Dipindahkan Ke Tempat Baru

LAHAD DATU – Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.kampung tanduo

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.


Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.



















Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. – Bernama





















Lahad Datu: “Keadaan sebelum dan selepas kedatangan pengganas amat berbeza sekali.
“Dahulu, kampung kami aman, tetapi kini ia tak ubah seperti padang jarak padang terkukur,” kata Ben Hamidi, 48, antara 20 penduduk Kampung Tanduo, di sini, yang dibenarkan masuk ke kampung itu, semalam.
Menurut, tiada apa lebih menyedihkan apabila melihat rumah pernah menjadi tempat berlindung kini rosak teruk, manakala ada rumah jirannya sudah musnah sama sekali.

Katanya, dia tidak mampu lagi menahan air mata apabila melihat keadaan kampung yang sunyi sepi dengan apa yang ada hanyalah kesan kebakaran dan tembakan di sana sini.
“Sebelum ini, saya hanya menyaksikan dan mengikuti insiden pencerobohan ini di televisyen dan surat khabar, tetapi amat terkejut seolah-olah tidak percaya melihat keadaan kampung hari ini (semalam),” katanya.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink