Home » , , , , , » Australia desak malaysia beri penjelasan halau senator

Australia desak malaysia beri penjelasan halau senator

Australia desak malaysia beri penjelasan halau senator














Australia desak malaysia beri penjelasan halau senator

CANBERRA: Australia meminta penjelasan daripada Malaysia mengapa ia mengusir seorang senator Australia yang berkunjung ke Malaysia bagi tujuan menimba maklumat mengenai sistem pilihan raya negara itu menjelang pilihan raya umumnya dalam beberapa bulan ini, kata Perdana Menteri Australia, Puan Julia Gillard, semalam.

Encik Nick Xenophon, seorang senator bebas dari Australia Selatan, pulang dari Malaysia ke tanah airnya semalam sambil berkata beliau telah diusir atas arahan pemimpin "peringkat tertinggi" kerajaan Malaysia kerana sokongannya kepada aktivis pembaharuan demokrasi di Malaysia.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas penerbangan lapan jam semalam, Encik Xenophon berkata beliau adalah anggota parlimen pertama Australia yang diusir pulang dari mana-mana negara.

Cik Gillard semalam mendedahkan bahawa kerajaannya telah "segera membuat bantahan dan bertegas" bagi pihak Encik Xenophon agar beliau dibenarkan membuat kunjungannya ke Malaysia.

"Saya terkejut dan hampa melihat layanan yang diterima Senator Xenophon semalam (kelmarin)," kata Cik Gillard kepada wartawan, seperti dalam laporan agensi berita The Associated Press (AP), semalam.

Encik Xenophon menyifatkan keputusan yang diambil kerajaan Malaysia itu sebagai berpunca daripada sokongannya kepada sebuah kumpulan pembaharuan demokrasi setempat, Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang cuba memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia dijalankan dengan telus dan bersih.

"Saya telah diberitahu bahawa saya diusir di bawah seksyen tertentu Akta Imigrasi, yang pada dasarnya dikaitkan dengan risiko keselamatan, tetapi kelihatannya risiko yang saya bawa ialah memalukan kerajaan Malaysia kerana saya menyokong pilihan raya bersih di Malaysia," tambahnya.

Encik Xenophon berkunjung ke Malaysia untuk bertemu dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang menteri Kabinet, para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dan para aktivis politik bagi membincangkan isu ketelusan dalam pilihan raya negara itu, yang harus diadakan menjelang akhir Jun ini.

Ketua polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata Encik Xenophon ditahan ketika beliau tiba di lapangan terbangawal kelmarin dan tidak dibenarkan masuk Malaysia "atas sebab-sebab keselamatan".

Encik Xenophon, yang juga bekas peguam, ditahan dalam kawasan soal siasat lapangan terbang berkenaan sehingga beliau menaiki pesawat untuk pulang ke Melbourne pada malam kelmarin.

Pengarah besar Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad, pula berkata kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Encik Xenophon diharamkan masuk ke negara itu kerana beliau pernah hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih di Kuala Lumpur tahun lalu.

Sementara itu, mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam dipetik portal berita, The Malaysian Insider (TMI), sebagai berkata bahawa Putrajaya tidak perlu melayani kritikan Canberra kerana mengusir pulang senatornya.

"Jika beliau datang ke sini dengan hasrat tidak baik, lebih baik jangan datang ke sini," kata Dr Mahathir.

"Jika mereka mahu mengkritik, mereka boleh kritik. Kami tidak perlu melayani mereka," katanya kepada wartawan selepas meraikan majlis perayaan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, semalam.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink