Artis Program Realiti Tv Ditahan Rogol Kekasih

Artis Program Realiti Tv Ditahan Rogol Kekasih
















Artis Program Realiti Tv Ditahan Rogol Kekasih


AMPANG JAYA –  Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana dekat sini Ahad lalu.

Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin berkata, tempoh dua hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut.

“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Semalam Kosmo! melaporkan polis menahan artis tersebut pada pukul 12 tengah hari di Taman Melati dekat sini kelmarin setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian tersebut.

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengah hari 31 Januari lalu ketika dia berada di rumah suspek. Ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada di rumah dan mangsa tidak melawan kerana bimbang akan dicederakan.

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink