Wanita Bertudung Ini Adalah Seorang Sniper Di Syria
Wanita Bertudung Ini Adalah Seorang Sniper Di Syria
Seorang perempuan bertudung yang sedang memegang senjata menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet..Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria..
Identiti perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio ‘Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya tidak didedahkan..
Dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu..
Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu..Perkara itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad tersebut..
“Saya suka bertempur..Saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam” ujarnya..
“Menembak musuh membuatkan saya berasa lega..Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak ‘yes” katanya..
Meskipun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain..Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan..
0 ulasan:
Catat Ulasan