Home » , , , , , , » BR1M Untuk Belia Atas 21 Mungkin Dinaikkan pada Rm500

BR1M Untuk Belia Atas 21 Mungkin Dinaikkan pada Rm500

BR1M Untuk Belia Atas 21 Mungkin Dinaikkan pada Rm500















BR1M Untuk Belia Atas 21 Mungkin Dinaikkan pada Rm500


Jika BR1M 3.0-4.0 naik sehingga RM1000,tidak mustahil BR1M untuk Belia juga naik kepada Rm500,inilah satu taktik kotor  mereka yang menjelaskan tidak menggunakan wang untuk memancing undi pada pilihan raya kali ini,,

Kuala Berang: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 3.0 dan 4.0 untuk golongan remaja mungkin dinaikkan daripada RM250 kepada RM500 jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan BN tidak akan berhenti untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat, termasuk kepada golongan remaja walaupun pemberian BR1M tidak pernah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bukan sahaja memberi jaminan BR1M yang mula diperkenalkan tahun lalu akan diteruskan, malah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000, tetapi dengan syarat BN diberi mandat besar untuk terus mentadbir negara.


“Saya sendiri akan berjumpa dengan Najib dan memohon supaya dia mempertimbangkan menaikkan BR1M untuk remaja daripada RM250 kepada RM500 setiap individu yang layak.


“Jika Perdana Menteri bersedia menaikkan BR1M daripada RM500 kepada RM1,000 untuk golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah, saya berpendapat tidak menjadi halangan kerajaan BN menaikkan kadar itu kepada remaja yang berpendapatan RM2,000 ke bawah,” katanya ketika ditemui selepas berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya Peringkat Parlimen Hulu Terengganu, di sini, malam kelmari

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink