Kekasih Nelydia Senrose Qi Razali?
Kekasih Nelydia Senrose Qi Razali?
Untunglah Qi Razali. Selepas putus dengan Yuna, kini Qi dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih rapat lagi. Untuk anda yang tidak tahu, Nelydia kini semakin popular selepas kemunculannya di dalam drama Setia Hujung Nyawa.
Namun begitu, mereka berdua belum lagi sampai ke tahap bercinta. Hanya berkawan sahaja. Bagi Qi, dia selesa bersama Nelydia. Kata Qi kepada Utusan Malaysia:-
Memang saya selesa dengannya, rasanya tidak ada masalah untuk saya bersama dengan orang yang saya selesa. Jangan terlalu cepat membuat andaian, kami sudah kenal lama dan buat masa ini kami masih sedang mengenali. Saya mahu ia berjalan dalam proses yang betul, biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan, tidak tergesa-gesa.
0 ulasan:
Catat Ulasan