Gadis Bunuh Diri Di Berjaya Times Square


Gadis Bunuh Diri Di Berjaya Times Square 


Gadis Bunuh Diri Di Berjaya Times Square | Wanita maut jatuh dari tingkat enam| awek Bunuh Diri Di Berjaya Times Square 

KUALA LUMPUR: Satu kejadian tragis berlaku pada Hari Kekasih di mana seorang wanita berusia 36 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat membeli-belah di Jalan Imbi.
Wanita yang dikenali sebagai Choo Czek Yeng dilihat sedang berdiri  pada barisan penghadang sebelum jatuh ke bawah.
Dia kali terakhir dilihat berada di situ pada jam 10.00 pagi.
Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad memaklumkan tiada sebarang kecederaan lain pada badan mangsa.
Kata beliau, setakat ini tiada saksi yang tampil mendakwa melihat wanita itu terjun.
Selain itu katanya tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian tersebut.
Seorang kakitangan pusat membeli-belah terbabit ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak pengurusan tidak mempunyai banyak maklumat tentang kejadian itu.
“Tiada komen. Kami serahkan pada pihak polis kerana mereka yang menyiasat kes ini. Saya minta maaf,” kata kakitangan tersebut yang enggan dikenali.
Sementara itu, kejadian tersebut juga mendapat perhatian pengguna laman media sosial, Twitter.
Antara reaksi yang diberi termasuk ucapan takziah, edaran foto mangsa serta gesaan supaya tidak mempersendakan kejadian itu.





0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink