Home » , , , , , , , , » Krisis Lahad Datu - Kenyataan Pengerusi MPPK,Mahasiswa Sokong Penuh ATM Dan PDRM (video)

Krisis Lahad Datu - Kenyataan Pengerusi MPPK,Mahasiswa Sokong Penuh ATM Dan PDRM (video)

Krisis Lahad Datu - Kenyataan Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (video)














Krisis Lahad Datu - Kenyataan Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (video)


Mutakhir ini, Malaysia digemparkan dengan tragedi pencerobohan di Lahad Datu yang dipercayai didalangi oleh sekumpulan penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu dengan tujuan menuntut hak tanah dan autonomi penuh di Sabah. Pencerobohan dan serangan ini dilihat sebagai suatu ancaman luar yang serius dan tidak boleh dipandang remeh kerana ianya berkaitan dengan hal ehwal keselamatan negara. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) turut bersimpati dan berduka cita atas pemergian wira negara yang telah gugur di medan perjuangan semasa menjalankan tugas keselamatan di Negeri Bawah Bayu,.

MPPK senada dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang tindakan oleh pihak luar yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjadikan insiden ini sebagai mainan politik bagi meraih perhatian. Tindakan seumpama ini adalah merupakan satu tindakan yang tidak rasional dan tidak wajar mengikut kepada sensitiviti keadaan semasa. Sebagai rakyat Malaysia yang matang,kita haruslah bijak dalam meraikan demokrasi bersuara dalam memberikan pandangan. Di saat negara sedang diuji dengan ujian yang hebat ini,sewajarnya kepentingan ideologi politik itu diketepikan buat sementara waktu. Tiada yang lebih utama selain daripada keamanan dan keharmonian negara ini dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya. MPPK juga berpandangan bahawa kebersamaan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang agama,bangsa dan budaya ini haruslah dijalin rapi serta diikat bersimpul mati dalam usaha untuk kita sama-sama mengharungi segala onak dan cabaran yang mendatang ini dengan bijaksana dan dengan hati yang terbuka.




MPPK juga ingin mengambil ruang dan pendekatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah di atas kesungguhan serta ketabahan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di dalam usaha memelihara keselamatan negara secara langsung dan berterusan. Amnya umum mengetahui bahawa usaha untuk memastikan keamanan negara ini berada pada tahap yang baik bukanlah satu tugas yang mudah. MPPK yakin dan percaya,pihak kerajaan telah cuba sedaya yang mungkin untuk memeterai satu pelan pendamaian secara rundingan dan diplomasi. Namun apabila keadaan menjadi semakin getir di mana bermulanya insiden tembak menembak yang akhirnya mengorbankan 2 orang perwira negara,maka MPPK berpandangan bahawa pihak berkuasa sudah tidak boleh lagi mengambil langkah bertolak ansur dan satu langkah yang lebih drastik haruslah diambil bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini terus berlaku yang akhirnya nanti akan memberi ancaman khususnya kepada rakyat di negeri Sabah.

Oleh hal yang demikian, MPPK serta barisan kepimpinan mahasiswa yang lain senada berdiri teguh serta memberi sokongan penuh kepada pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha untuk memastikan keselamatan negara ini dapat dijaga dengan baik dan MPPK mendoakan agar krisis di negeri Sabah ini dapat diakhiri secepat yang mungkin agar keamanan dan keharmonian negara ini dapat kembali dirasai oleh semua rakyat,khususnya masyarakat di Negeri Bawah Bayu. Semoga usaha murni ini mendapat perlindungan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

Hafiz Ariffin
Pengerusi,
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan 12/13



0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink