Laporan Langsung Lahad Datu 11.10am: Penceroboh Balas Beberapa Das Tembakan keatas Pasukan Keselamatan 3 mac 2013
sambungan dari laporan sebelumnya=
=TERKINI: VIDEO SERANGAN TENTERA KEATAS PENCEROBOH DI LAHAD DATU (5 MAC 2013)
LAPORAN LANGSUNG
11.10am: Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.
Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.
Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera.
11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.
"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.
Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.
"Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya dalam satu majlis di Bukit Jalil.
Semoga kejayaan memihak kepada anggota keselamatan Malaysia yang sedang mengerah keringat untuk mempertahankan kita untuk kesejahteraan semuarakyat Malaysia,,Sama-sama kita Doakan
Pesanan pada penduduk sabah..
PERHATIAN! :
Kepada sesiapa yg berkerja ditmpt yg ada menjual, menjahit bju atm, pdrm dan lain2 atau apa2 la. Jgn benar sesiapa pun membeli mahu pun memberikn info ttng dmna blh dpt bju tu melainkan mereka mempunyai waran yg sah. Sbb mereka mahu menyamar. Jika ada individu yg cba bertnyakn hal itu kpada anda sila laporkn terus kepda pihak berkuasa.
Bersatu menentang musuh negara.
1 ulasan:
Fantastic post however I was wondering if you could write a litte
more on this topic? I'd be very grateful if you could elaborate a little bit
more. Bless you!
Here is my webpage m88
Catat Ulasan