Terkini Lahad Datu: Jeneral Tentera Sulu Terbunuh,Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang (VIDEO)
Terkini Lahad Datu: Jeneral Tentera Sulu Terbunuh,Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang (VIDEO)
LAHAD DATU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat ialah seramai 52 orang.
Jumlah itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.
Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.
0 ulasan:
Catat Ulasan