Laporan Terkini Di Siminul Semporna 03 MAC 2013 | Pencerobohan Sabah
Laporan Terkini Di Siminul Semporna 03 MAC 2013 | Pencerobohan Sabah
PERKEMBANGAN TERKINI 03 MAC 2013 9.00 PM Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Hj Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas
air itu. Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira
7 malam, Tan Sri Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.
Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.
Kronologi Pertempuran Di Simunul,Semporna
1) Polis dikatakan sengaja diperangkap oleh penceroboh Sulu semalam.
2) Penceroboh dikatakan menghantar anggotanya untuk memberi maklumat kononnya terdapat aktiviti mencurigakan di sebuah rumah di pinggir pekan Semporna bagaimanapun ketika sekumpulan anggota polis memecah masuk ke dalam rumah mereka telah diserang hendap menggunakan senjata AK47.
3) Anggota yang berada di luar rumah diserang dengan parang.
4) Pekan Semporna dilaporkan lengang berikutan kejadian itu.
5) Serangan itu dikatakan bermotifkan balas dendam berikutan 12 penceroboh ditembak mati oleh polis di Lahat Datu.
0 ulasan:
Catat Ulasan