Emma Maembong Dan Lukisannya

Emma Maembong Dan Lukisannya























Emma Maembong Dan Lukisannya


Anak seni bernama Fatimah atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong sedang Meningkat Naik di Persada Seni Negara,,


SENI merupakan bidang yang sungguh luas. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian dan sering memberi gelaran untuk mereka yang berada di dalam industri yang sama. Meneliti perjalanan seni lakonan gadis ini, ternyata tiada apa yang perlu dibanggakan lagi. Namun, jika kita mengenali siapa sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, pasti terdetik rasa kagum dengan bakat luar biasa yang dimilikinya.

Mula melukis sejak usia yang kecil, Fatimah atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong, berkata, seni lukisan sentiasa menjadi cinta abadinya. Mewarisi bakat melukis daripada bapanya yang juga pelukis tersohor negara, Ismail Embong, bagi Emma bakat yang diwarisi itu merupakan harta tidak ternilai buat dirinya.






“Saya tidak ingat bila saya mula melukis, tetapi memang dari kecil lagi, saya sudah pandai menggunakan berus.

“Apabila meningkat dewasa, gaya lukisan saya semakin baik. Seingat saya, lukisan pertama saya dijual ketika saya berumur 14 tahun. Disebabkan itu, semangat untuk terus melukis semakin membuak-buak," katanya tersenyum.

Menurut Emma, walaupun dia merupakan anak kepada pelukis terkenal, namun pendedahan melukis itu bukanlah hadir secara langsung. Mengakui ayahnya mahu melihat usaha itu hadir dari dirinya sendiri, Emma pada mulanya hanya berlajar melukis secara sendirian.

“Minat ini sebenarnya hadir dengan sendiri, tiada paksaan daripada ayah untuk saya mengikut jejak langkahnya.

“Bila sudah sampai satu tahap, baru ayah mempercayai kemampuan saya dan dari situ, dia mula mengajar saya," katanya bersungguh.

Terus bercerita mengenai minat nombor satunya itu, bagi Emma walaupun dia kini sudah bergelar seorang pelakon, itu tidak bermakna dia mahu melupakan dunia seni lukisan yang sehingga kini mewarnai hidupnya.

“Apabila ayah membenarkan saya bekerja, saya langsung tidak terfikir mahu bergelar seorang pelakon.

“Sehinggalah salah seorang kakak mencadangkan saya untuk berlakon. Pada mulanya memang agak kekok, namun kelebihan bidang ini adalah pada waktu yang sama saya juga masih mampu meneruskan kerjaya sebagai pelukis," katanya.
Mengakui kesibukannya kini membantutkan niatnya untuk mencipta karya terbaharu, Emma berkata, selalunya jika bercuti panjang, lokasi utama yang akan ditujunya adalah kampungnya yang terletak di Terengganu.

“Buat masa ini, saya masih sibuk, jadi tak sempat nak menyiapkan apa-apa lukisan. Namun, saya akan teruskan bila ada kelapangan," ujarnya.

Baharu sahaja selesai penggambaran drama bersiri Cinta Itu Milikku, Emma mengambil keputusan untuk bercuti panjang dan selalunya dia akan pulang ke Terengganu.

Penulis yang menemubual Emma di Balai Seni Visual Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada mulanya berasa agak hairan melihat gadis itu begitu ramah bertegur sapa dengan para pekerja di situ. Setelah dijelaskan, rupa-rupanya Emma pernah ‘membesar’ di bangunan tersebut.

“Saya kenal dengan sebahagian besar pekerja di sini.

“Dahulu, ayah mempunyai pejabatnya di sini, setiap kali ayah ke sini, dia akan membawa saya. Jadi, kebanyakan masa saya dihabiskan di sini bagi menemani ayah. Sebab itulah, saya biasa dengan persekitaran di bangunan ini," katanya.
Anak ayah

Meneruskan perbualan, Emma mengakui dia merupakan seorang anak yang sangat rapat dengan ayahnya. Tidak pernah hadir ke sekolah seperti biasa, bagi Emma perjalanan kehidupan remajanya agak berbeza dengan remaja di luar sana.

“Saya dibesarkan oleh ayah, manakala adik beradik saya yang lain dibesarkan oleh ibu.

“Ayah memang seorang yang penyayang, ada suatu masa dia akan menyediakan segala-galanya untuk saya. Bagaimanapun, apabila usia meningkat dewasa, sedikit demi sedikit dia mula memberi ruang untuk saya mengatur perjalanan hidup saya sendiri. Saya akui pada mulanya agak takut, namun selepas beberapa ketika kini saya mulai belajar erti kehidupan," katanya yang kini sudah tujuh bulan bergelar pelakon.

Berkongsi pengalaman sebagai pelakon, menurut Emma pada mulanya, dia agak terkejut dengan ‘penangan’ gelaran seorang pelakon.

“Dahulu, saya hanya orang biasa, seorang anak yang akan mengikut ayahnya menyertai pameran lukisan, selain seorang pelukis biasa.

“Justeru, tidak dinafikan hanya ada golongan tertentu mengenali saya. Namun, apabila bergelar pelakon kini, baharu saya tahu erti privasi. Memang banyak bezanya dan saya mula belajar untuk selesakan diri dengan keadaan ini," katanya.

Tidak mahu terburu-buru, bagi Emma tempoh tujuh bulan berada di dalam dunia lakonan banyak mengajarnya erti kesabaran. Walaupun bakat lakonannya masih lagi diragui, Emma tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan untuk mengundurkan diri.

“Saya akui ramai lagi di luar sana yang mempersoalkan bakat lakonan saya.

“Ingin saya tekanan di sini bahawa saya masih lagi belajar, dan saya yakin masa itu masih lagi panjang untuk saya. Apa yang saya harapkan cuma peluang dan sokongan daripada mereka di luar sana," katanya.


Read more: Source

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink