Home » , , , , , » Indonesia Bakal Haramkan Arak Tahun Hadapan

Indonesia Bakal Haramkan Arak Tahun Hadapan

Indonesia Bakal Haramkan Arak Tahun Hadapan





Indonesia Bakal Haramkan Arak Tahun Hadapan

JAKARTA  - Satu rang undang-undang mencadangkan pengharaman terhadap penjualan, pengeluaran dan pengambilan minuman beralkohol di Indonesia adalah antara 70 rang undang-undang penting yang dijadual dibahaskan oleh Dewan Perwakilan Indonesia tahun depan.


Cadangan pengubalan undang-undang itu, didraf oleh parti Islam tertua di negara ini, Parti Persatuan Pembangunan (PPP) akan memperkenalkan penalti berat bagi pengambilan semua minuman beralkohol.

Mereka yang didapati minum alkohol bakal dikenakan hukuman penjara dua tahun, pengedar berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun manakala pengeluar bakal dikenakan penjara maksimum 10 tahun.

"Ini merupakan pengharaman muktamad, bukan sekadar cubaan untuk mengawal pengeluaran, pengedaran dan pengambilan alkohol," kata Arwani Thomafi, Setiausaha PPP di Dewan Perwakilan seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe pada Jumaat.

Arwani berkata parti memperkenalkan rang undang-undang itu untuk membawa negara “seiring dengan garis panduan agama" serta untuk menangani impak negatif pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap kesihatan seseorang.

Beliau berkata kawasan tumpuan pelancong dan “etnik tertentu" mungkin dikecualikan daripada larangan itu, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara khusus kawasan pelancongan dan kumpulan etnik yang akan dibenarkan berbuat demikian di bawah larangan itu. - BERNAMA



0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink