1000 Ninja Dikerah Untuk Banteras Jenayah


















1000 Ninja Dikerah Untuk Banteras Jenayah | Kawasaki Ninja 250R Polis



KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia memperluaskan Unit Rondaan Bermotosikal (URB)
oleh anggota polis jika ia didapati berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah di
negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata operasi unit itu yang dilancarkan di Puchong hari ini akan dikaji
keberkesanannya dalam tempoh enam bulan sebelum kerajaan membuat keputusan
untuk menambah peruntukan untuk tujuan itu.

“Saya berharap ia (URB) akan diberi peluang untuk melakukan tugasan mereka, dalam
tempoh masa enam bulan ini kita akan buat kajian semula.

“Kalau buddy system iaitu dua anggota menunggang motosikal pada setiap
masa didapati berkesan dan amat berfaedah, maka kerajaan sanggup menambahkan
lagi bilangan anggota bermotosikal ini.

“Tak payah tunggu bajet 2014, bajet 2013 kita boleh tambah lagi untuk tunjuk yang kita
komited dan serius untuk memerangi jenayah,” katanya ketika berucap pada majlis
pelancaran URB Polis Diraja Malaysia di Bandar Kinrara, Puchong di sini.
Katanya kerajaan komited dan serius memerangi jenayah bagi memenuhi
tuntutan rakyat yang mahu menikmati kesejahteraan hidup di negara ini.






Najib berkata URB akan melakukan rondaan selama 24 jam di kawasan
perumahan dalam tiga syif serta kawasan sibuk seperti kawasan perniagaan,
perindustrian, taman rekreasi dan sekolah



Bagi peringkat permulaan, sebanyak 560 daripada 1,000 unit motosikal Kawasaki
Ninja 250 yang dilengkapi dengan sistem lampu dan siren telah disediakan
untuk pelaksanaan program di empat negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur,
Johor dan Pulau Pinang.
.
Semasa membentangkan Belanjawan 2013, Perdana Menteri mengumumkan
peruntukan 1,000 buah motosikal dengan peruntukan RM20 juta bagi URB untuk
memantau kawasan perumahan khususnya.

Dalam pada itu, Najib mengakui masih lagi wujud isu ‘jurang persepsi’ dalam usaha
kerajaan memerangi jenayah di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sentiasa mengambil sikap
untuk melipatgandakan usaha mengurangkan kadar jenayah termasuk menyediakan
peruntukan dalam Belanjawan 2013 bagi pelaksanaan Fasa kedua bidang keberhasilan
utama negara (NKRA) selain memperkenalkan inisiatif-inisiatif untuk
membanteras jenayah.

“Oleh itu, kita tidak seharusnya membuang terlalu banyak masa untuk berdebat dari segi
polemiknya. Sebaliknya kita harus mengambil sikap dan pendirian bahawa rakyat masih
mahukan kita melipatgandakan usaha kita,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut meminta supaya komuniti setempat sentiasa
memberikan sokongan kepada usaha kerajaan sekaligus tidak wujud lagi jurang
persepsi bahawa kadar jenayah di negara ini masih tinggi kerana hakikatnya di bawah
program transformasi kerajaan dan NKRA, kadar jenayah dapat dikurangkan pada tahap
paling minimum


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink