Petua Sentiasa Cantik Dan Kacak | Naikkan Seri Wajah

Petua Sentiasa Cantik Dan Kacak | Naikkan Seri Wajah




















Petua Sentiasa Cantik Dan Kacak | Naikkan Seri Wajah


Kelihatan cantik adalah fitrah semua orang kan? Semua orang nak kelihatan cantik dan kacak, terutama di depan orang tersayang – suami dan isteri.

Kecantikan luaran adalah gambaran kepada apa yang kita lakukan secara dalaman. Pemakanan dan amalan spiritual tergambar pada fizikal kita, terutama pada wajah. Amalan yang utama bagi Muslim ialah dengan berwuduk yang sempurna, sepertimana pendapat ramai ulama bahawa wuduk yang sempurna memberi kesihatan yang baik dan wajah yang berseri.









1.     Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.
2.     Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.
3.     Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.
4.     Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.
5.     Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. Terutamanya,  Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.
6.     Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin.  Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokkanlah akhlakku.


Seiring dengan itu, penjagaan diri dari segi pemakanan dan penjagaan diri amat penting untuk sentiasa kelihatan cantik dan berseri.






















Untuk kelihatan cantik dan berseri, beberapa langkah di bawah adalah asas yang utama:-



  • Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Kurangkan pengambilan makanan bertapis terutama gula.
  • Mengambil protein secukupnya.
  • Cukupkan keperluan vitamin badan, yang mana ia amat penting untuk tona kulit dan kesihatan saraf.
  • Pengambilan antioksidan melindungi kulit agar kelihatan sentiasa muda berseri, serta memelihara sel kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Vitamin C dengan bioflavonoids membantu memperbaiki kerosakan kapilari serta menjaga keutuhan tisu.
  • Vitamin E memperbaiki aliran darah dalam kapilari2 halus pada kulit, sekaligus membantu dalam pembaharuan sel pada dermis dan epidermis.
  • Vitamin B Complex membantu dalam pembinaan sel baru.
  • Asid lemak Omega-3 & Omega-6 menjaga lembapan kulit.
  • Asid amino L-Cystein membantu mengekalkan kulit yang sihat dan muda.
  • Zinc membantu dalam perkembangan dan baikpulih kulit yang rosak.


DOA PENYERI DAN PEMANIS WAJAH DAN MUKA SURAH NABI YUSUF

Doa penyeri , pemanis dan pengasih wajah / muka surah nabi yusuf

.Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf.
Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)



0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink