Sistem Perparitan Di Kuantan Perlu Dibaik Pulih

Sistem Perparitan Di Kuantan Perlu Dibaik Pulih



















Sistem Perparitan Di Kuantan Perlu Dibaik Pulih

KUANTAN, 24 Dis -- Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengkaji semula sistem perparitan di sekitar bandar Kuantan kerana ia didapati menjadi faktor utama berlakunya banjir kilat di sini Isnin.

Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menampung jumlah air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.

"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.

"Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar. Saya harap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan ini," katanya.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat 302 orang mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing di sini hari ini.


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink