Home » , , , , , » Kejam!! Bayi Setahun Dibunuh Dan DIbakar | Polis Tubuh Pasukan Khas Untuk Siasatan

Kejam!! Bayi Setahun Dibunuh Dan DIbakar | Polis Tubuh Pasukan Khas Untuk Siasatan

Kejam!! Bayi Setahun Dibunuh Dan DIbakar | Polis Tubuh Pasukan Khas Untuk Siasatan


























Kejam!! Bayi Setahun Dibunuh Dan DIbakar | Polis Tubuh Pasukan Khas Untuk Siasatan

Johor Bahru: Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai dibakar ditemui berhampiran longgokan sampah di Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, di sini semalam.

Difahamkan, mayat bayi dipercayai berusia setahun dengan kesan bakar hampir 80 peratus pada anggota badan orang awam sebelum melaporkannya kepada polis kira-kira jam 4.35 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Dr Hashim Haron, berkata siasatan awal mendapati bayi itu disyaki dibakar menggunakan petrol selepas polis menemui tong berisi bahan pembakar berkenaan di kawasan berdekatan.

Ada kesan lebam

"Kita percaya mayat bayi yang mempunyai kesan lebam pada dahi itu dipercayai dibunuh dan dibakar di tempat lain sebelum dibuang ke kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, mayat bayi yang tidak mempunyai sebarang identiti itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.



POlis Tubuh Pasukah Khas Buat Siasatan

Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes seorang kanak-kanak
perempuan dipercayai berusia setahun yang dibunuh cara kejam dengan perutnya
terburai sebelum dibakar.

Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh ketika
dihubungi (pihak TV3) memaklumkan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat.
Mayat kanak-kanak perempuan yang dibungkus plastik dengan kesan terbakar itu
ditemui di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, semalam.

Polis turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.
Mereka yang kehilangan kanak-kanak juga diminta tampil membuat laporan di balai polis
berdekatan.

Kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh sebelum dibakar secara kejam di kawasan
bekas flat Bukit Chagar, Johor Bahru.

Tiada identiti ditemui pada bayi itu dan polis turut menemui kesan minyak petrol dan
plastik yang dipercayai untuk membungkus bayi sebelum dibakar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


P/S: Persoalan yang bermain di kepala…apalah dosa budak setahun sampai perlu dibunuh dan kemudian dibakar? 
Marilah kita berdoa pelaku yang
bertangungjawab ditangkap dan dihukum gantung!

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink