Home » , , , , » Laporan Polis Secara Online Mulai Tahun Depan

Laporan Polis Secara Online Mulai Tahun Depan


Laporan Polis Secara Online Mulai Tahun Depan

















Laporan Polis Secara Online Mulai Tahun Depan

SABAK BERNAM: Bermula tahun depan, orang ramai boleh membuat laporan polis secara atas talian melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata portal laporan atas talian itu kini dalam peringkat akhir penyediaan, diperkenalkan oleh PDRM bagi memudahkan orang ramai membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa itu pada bila-bila masa sahaja.
"Ini merupakan satu lagi usaha PDRM untuk memudahkan orang ramai serta menjamin keselamatan mereka. Mereka boleh buat laporan di mana sahaja mereka berada hanya dengan menggunakan Internet," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Sabak Bernam di sini Khamis.
Khalid berkata portal itu sedang dibangunkan oleh Unit Permodenan Tadbirandan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan dijangka boleh digunakan bermulatahun depan.
Beliau berkata beberapa perkara juga sedang diteliti termasuk menilai dari aspek perundangan dan keberkesanannya termasuk cara memastikan kesahihah laporanyang diterima.
"Kita yakin portal laporan polis atas talian ini akan memudahkan orang ramaikerana kini majoriti masyarakat menggunakan gajet dan telefon pintar yang mempunyai capaian Internet selain ia menjimatkan masa," katanya.
Terdahulu, Khalid turut meluangkan masa beramah mesra dengan lebih 1,000 penduduk tempatan di perkarangan premis perniagaan Pekan Sungai Besar di sini pada program kesedaran jenayah itu yang turut diserta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Bahagian Narkotik dan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Beliau berkata polis turut menyebarkan maklumat mengenai kesedaran jenayah komersial membabitkan penggunaan Internet yang sering berlaku pada masa kini seperti penipuan pelaburan wang haram dan pertaruhan atas talian.
Katanya, orang ramai didedahkan mengenai kegiatan dan taktik yang sering dilakukan oleh sindiket terbabit untuk memperdaya mangsa termasuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kiriman e-mel.
"Kita harap orang ramai tidak mudah diperdaya apabila menerima pelawaan yangmenjanjikan pulangan lumayan menerusi pelaburan Internet dan sebagainya yangakhirnya akan menyebabkan mereka ditipu," katanya.
Mengulas mengenai kejadian banjir yang sedang melanda beberapa negeri di pantai timur, Khalid berkata kesemua anggota polis di negeri terbabit iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan telah diarahkan bertugas membantu mangsa bencana terbabit.
Beliau berkata antara tugas yang dilakukan oleh pihak polis termasuk mengawal rumah-rumah dan premis yang terpaksa ditinggalkan oleh mangsa banjir.
"Kita berharap supaya orang ramai mengikut arahan yang dikeluarkan dan ibu bapa memastikan anak-anak mereka berada di kawasan yang selamat. Jangan anggapbanjir seperti pesta air kerana ia mengundang bahaya," katanya. BERNAMA

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink