Mangsa Banjir Bakal Terima RM500

Mangsa Banjir Bakal Terima RM500















Mangsa Banjir Bakal Terima RM500

 RANTAU PANJANG: Setiap keluarga mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan rasmi akan menerima bantuan sebanyak RM500, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha meringankan beban keluarga berkenaan akibat bencana alam itu.
“Saya minta Majlis Keselamatan Negara (MKN) uruskan perkara ini dan selesaikan dalam tempoh yang singkat,” katanya selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Rendah Kebangsaan Gual Tinggi di sini, hari ini.
 Turut serta, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Muhyiddin berkata, pemberian sumbangan itu hanya akan diberikan kepada keluarga yang berpindah dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Beliau berkata, sumbangan itu bukannya sebagai ganti rugi sebaliknya untuk membantu mereka membaiki rumah atau sebagainya selepas menghadapi musibah itu.
Katanya, bagi penduduk yang mengalami kerosakan hasil pertanian termasuk ternakan haiwan, mereka perlu menghubungi Jabatan Pertanian untuk dibanci kerugian yang ditanggung.
“Bancian ini penting bagi mengelakkan berlaku seperti sebelum ini kerana petani mendakwa kerugian besar sedangkan ia hanya membabitkan bilangan yang kecil,” katanya.
Bagi mereka yang mengalami kerosakan harta benda termasuk rumah, Muhyiddin berkata, peruntukan untuk membaikinya akan diuruskan Badan Perhubungan UMNO seperti di Kelantan melalui Tabung Wang Ihsan.
Mengenai sekolah yang terbabit banjir termasuk dijadikan pusat pemindahan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan untuk menangguhkan sesi persekolahan hanya akan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
Beliau berkata, bantuan seperti bekalan makanan dan keperluan diri adalah mencukupi di setiap pusat pemindahan banjir.
“Kita minta perhatian khusus diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak dan menu makanan pula perlulah dipelbagaikan.
“Soal kesihatan dan bekalan air bersih juga sangat memuaskan dan kerajaan sangat komited menjaga keperluan rakyat,” katanya.
Beliau turut berpuas hati dengan agensi yang terbabit menyelaras mangsa banjir yang telah berperanan dengan baik.
Sehubungan itu, beliau meminta semua jentera Barisan Nasional dan pemimpin tempatan supaya turun padang membantu mangsa banjir termasuk membersihkan rumah penduduk.
Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa pihak keselamatan akan memantau rumah-rumah yang ditinggalkan kerana penghuninya berpindah.
“Itu yang saya beri jaminan pasukan keselamatan akan memantau dan menjaga keselamatan termasuk rumah yang ditinggalkan,” katanya.
Katanya, dengan jaminan itu, penduduk tidak akan khuatir untuk berpindah seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Sebelum itu, Muhyiddin menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada mangsa banjir di pusat berkenaan.
Beliau dan isteri kemudiannya berlepas ke Terengganu untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu. 

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink