Shila Amzah Dikatakan Boros,Borong Kasut Di Amerika
Shila Amzah Dikatakan Boros, Borong Kasut Di Amerika
Shila Amzah telah memberitahu dia akan pulang ke Malaysia pada
hari esok setelah beberapa hari berada di Miami, Amerika Syarikat bagi menghadiri
World Music Awards (WMA 2012).
Sementara itu,Shila sempat memuat naik beberapa perkembangan dirinya sepanjang berada di sana di laman rasmi Facebooknya.
Kiranya, Shila mahu berkongsi pengalaman dan detik gembiranya bersama-sama
peminat setianya di Malaysia sepanjang berada di negara asing itu.
Antara perkara yang dikongsikan oleh Shila adalah pengalaman buat dirinya yang
membeli kasut atau memborong kasut dalam jumlah yang banyak.
Kata Shila, itu adalah ‘Shoestherapy’ untuk dirinya.
Namun, ada peminat-peminat yang telah menyalah tafsirkan tindakan Shila.
Ada di antara mereka yang mengatakan Shila sengaja berlagak dan bersifat untuk
menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
Malah, tidak kurang juga yang mengatakan Shila seorang yang pemboros kerana
membeli satu benda dalam kuantiti yang banyak.
Selang beberapa minit, Shila telah memuat naik status yang menyatakan sedih kerana
niat dan tindakannya itu disalah ertikan
.
“Bila share orang Akan kata menunjuk-nunjuk/riak n etc. Bila tak share orang
Akan kata Sombong/unfriendly etc.
“Bukan nak kata apa,I’m just sharing my thoughts,what I like..with my fans.
Sha beli barang bukan semua mahal,bukan semua branded stuffs..
Asal cantik, selesa,takdak brand pun sha okay..
Tudung rm5 pun Ada,kasut rm30 pun Ada..
“Kita niat baik pun orang buat spekulasi,apatah lagi niat buruk..
Dah tak tau nak kata apa dah..
Sha redha saja..
Yang penting Allah SWT tau nawaitu kita.”
.
Apa Yang Boleh dikatakan adalah Itu semua keperluan dan kehendak Shila Sendiri,Tak Pakai duit sesiapa pun,,
Info= MynewsHUb
0 ulasan:
Catat Ulasan